Ada satu bentuk keletihan emosi yang tidak mudah dijelaskan. Ia bukan kerana kita disakiti secara langsung, tetapi kerana kita terperangkap dalam suasana yang beracun secara halus, di mana kita melihat dan mendengar seseorang sering menanam syak wasangka terhadap orang lain — hari demi hari. Individu yang memiliki BPD (Borderline Personality Disorder) dan NPD (Narcissistic Personality Disorder), seringkali mengalami paranoia ringan (mild paranoid ideation) — terutama ketika emosinya tidak stabil. Dia melihat orang lain sebagai ancaman, walau hanya kerana perkara kecil: “kenapa dia tak senyum tadi?”, “kenapa dia jawab/cakap macam tu?”, “kenapa semua orang puji dia?”. Lalu dia mula membina naratif dalam minda sendiri, naratif yang bukan berdasarkan realiti, tetapi berdasarkan emosi dalamannya yang berkecamuk. Yang menyedihkan, naratif itu sering diceritakan kepada kita. Dan sebagai insan yang empatik seperti saya, setiap kali mendengar sangkaan-sangkaan itu, saya bukan sahaja jadi l...
Refleksi ilmiah dari jiwa yang pernah disakiti, kini memilih untuk pulih. Ada luka yang tidak berdarah, tapi mencengkam ke dasar jiwa. Ada trauma yang tak bersuara, namun menjerit dalam diam. Blog ini lahir dari pengalaman sebenar — kisah mangsa kepada seorang rakan yang Narcissistic dan Borderline Personality Disorder (NPD dan BPD). Ia bukan sekadar luahan, tetapi refleksi yang berpijak pada pengalaman, disuluh dengan pengetahuan, dan dikukuhkan dengan spiritual.