Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2025

[Refleksi 9] In Denial Demi Sebuah Persahabatan

Kadang-kadang, bukan kita tak nampak. Tapi kita belum sedia untuk kehilangan. Hari-hari berikutnya selepas perbualan dengan bos terasa… berat. Ada jurang emosi yang saya cuba tutup-tutup dengan gurauan dan rutin harian. Saya tetap duduk makan bersamanya, tetap bercerita seperti biasa, tetap ketawa di hujung bicara — walaupun jauh di sudut hati, saya tahu sesuatu sudah berubah. Tapi saya biarkan. Saya biarkan kerana saya sayangkan persahabatan ini . Saya biarkan kerana terlalu banyak detik indah yang telah kami lalui bersama. Saya biarkan kerana saya tak mahu kehilangan seseorang yang saya anggap teman paling dekat dalam hidup saya ketika itu. Saya anggap dia sahabat yang rapat. Saya pernah kata - dialah antara orang yang saya percaya.  Dan kerana semua itu, saya memujuk diri: "Dia bukan macam tu. Dia cuma salah faham." "Dia penat... mungkin tak sengaja cakap macam tu pada bos." "Kalau saya tolak dia, saya jahat. Saya terlalu cepat menuduh..." Saya me...

[Refleksi 8] Apabila Kita Pertahankan Mereka yang Menyakiti Kita

Kerana yang kita pertahankan bukan mereka… tapi kenangan dan harapan yang pernah kita bina. Ada satu lagi episod yang masih melekat dalam ingatan saya. Selepas hari itu, saya dipanggil lagi oleh Bos. Wajahnya tenang, tetapi matanya seakan menyimpan sesuatu yang sukar diungkapkan dengan terus terang. Saya duduk berhadapan, dengan dada yang mula terasa sesak — naluri saya menangkap bahawa ini bukan sekadar perbincangan kerja biasa. Bos membuka bicara perlahan. "Saya pun pelik, kenapa dia selalu datang dan persoal kerja-kerja yang awak buat. Sedangkan semua tugasan awak selesai dan teratur. Realitinya, kerja yang tak siap itu kerja dia." Saya terkedu. Masih ada lagi? Tak habis lagi?  Sukar untuk saya menggambarkan perasaan ketika itu. Terkejut? Ya. Tapi yang lebih kuat… saya rasa ingin melindunginya . Secara spontan, saya masih mempertahankannya. “Mungkin dia cuma nak bagi cadangan… mungkin dia risau bos salah faham. Kami pun selalu bincang kerja sama-sama…” Saya cari...

[Refleksi 7] In Denial...

Tatkala bos meluahkan rasa pelik dan kekecewaannya, saya bukan sahaja diam, bahkan saya mula mempertahankan dia . “Saya rasa mungkin dia cuma nak beri idea kot…” “Mungkin dia tak maksudkan apa-apa…” “Kami okey je… selalu makan sama-sama, selalu berbincang sama-sama…” Saya cuba rasionalkan situasi itu. Saya cuba neutral-kan pandangan bos. Saya cuba yakinkan bos bahawa dia bukan begitu. Dalam masa yang sama saya cuba yakinkan diri saya sendiri. Kerana saya masih mahu percaya — yang hubungan kami adalah jujur. Yang dia tidak akan mengkhianati saya. Yang dia cuma… salah faham. Atau terlalu bersemangat memberi pandangan. Saya dalam penafian (in denial). Bagaimana mungkin saya boleh percaya dia sanggup menikam belakang saya, sedangkan kami setiap hari makan tengahari bersama, berkongsi luahan hati, merancang hal kerja, bercanda di bilik, berkongsi rahsia… Takkan semua itu… palsu? 👀Kebenaran yang Menyesakkan Tapi jauh di sudut hati saya, ada rasa yang saya sendiri tak mampu...

[Refleksi 6] Bayang di Sebalik Pintu Pejabat

Saya masih ingat hari itu. Suasana pejabat biasa-biasa saja. Saya sibuk mencatat urusan yang perlu dilunaskan - Sistem dashboard yang perlu dikemaskini dan maklum balas yang perlu disiapkan muncul silih berganti. Saya fikir, hari itu akan berjalan seperti biasa… sehingga satu panggilan yang mengubah segalanya. Bos memanggil saya ke biliknya. Saya tidak menjangka apa-apa. Kerja saya semua selesai. Projek penyeleggaraan sistem dashboard juga sedang bergerak lancar. Jadual kerja jelas. Usai saya duduk di kerusi hadapan bos, nadanya pada hari itu agak… janggal. “Saya pelik…” katanya memulakan bicara. “Kenapa kawan sebilik awak selalu datang dan mempertikaikan kerja awak?” “Sedangkan kerja yang saya nampak terbengkalai… kerja dia.” “Tapi kenapa yang dia selalu bisingkan… kerja awak?” Saya terkedu. Saya terkaku. Saya cuba senyum — senyum yang serba salah. Senyum yang terpaksa, kerana dalam hati saya ada sesuatu yang luruh . Selama ini saya diam. Saya tidak pernah melapork...

[Refleksi 5] Bila Suara Kita Tidak Dipercayai

When the Truth Feels Like a Lie to Others... Ada satu fasa dalam luka yang paling membingungkan: saat kita mula mengumpul kekuatan untuk bercerita, tetapi setiap kata kita dipatahkan oleh pandangan orang lain yang tidak nampak apa yang sebenarnya terjadi. Saya pernah berada di situ. Apabila saya cuba meluah, yang saya terima adalah reaksi wajah yang ragu. Nada suara mereka sopan, tapi intonasinya membawa mesej: "Mungkin awak yang terlalu sensitif." "Saya rasa dia tak macam tu pun." "Mungkin awak yang salah faham kot." Bermula dari situ, saya perlahan-lahan belajar untuk mendiamkan perasaan sendiri. Saya kembali ke ruang sunyi — bertemankan soalan yang menggigit jiwa: “Betulkah aku yang berlebihan?” “Kenapa semua orang nampak dia sebagai orang yang baik… tapi aku terluka begini?” “Kenapa mereka tak nampak apa yang aku alami?” "Mereka tak nampak dan percaya dengan lakonannya." Lalu saya sedar, inilah loop penderaan senyap yang rumit, b ila p...

[Refleksi 4] To be wounded is hard. But to be wounded and not believed — that is soul-crushing

 Luka fizikal ada bentuk. Ada bengkak. Ada darah. Tapi luka emosi? Ia hadir dalam diam. Tanpa warna. Tanpa bau. Apabila saya cuba bersuara, cuba memberitahu bahawa “Ada sesuatu yang tak kena di sini,” saya disambut dengan reaksi yang membuatkan luka itu terasa makin dalam. “Mungkin awak terlalu penat.” “Cuba husnuzon, mungkin dia tak sengaja.” “Dia okay je dengan saya. Awak je yang fikir lebih-lebih.” Kata-kata itu tidak menyembuhkan. Malah, ia menoreh luka yang baru — luka keraguan terhadap realiti sendiri . Saya mula mempersoalkan: “Benarkah saya yang bermasalah?” “Adakah saya terlalu mudah terasa?” “Kenapa orang lain boleh terima dia, tapi saya yang terluka?” Perasaan ini membina sesuatu yang sangat berat: 💢 Gaslighting dalaman — apabila kita sendiri mula mempertikaikan kebenaran yang kita tahu kita alami. 💢 Self-abandonment — apabila kita tidak lagi percaya pada perasaan sendiri, dan membiarkan diri dihukum atas kesalahan yang bukan kita lakukan. Dan inilah yang palin...

[Refleksi 3] Kabur: Realiti vs Cermin Orang Lain

Ada satu ketika, segalanya terasa kabur. Bukan kerana pandangan saya yang rabun, tapi kerana hati sudah mulai penat membaca situasi yang tidak jelas. Antara realiti yang berlaku dan rasa yang bergema dalam hati - saya tidak lagi tahu mana satu yang benar.  Saya sedang sibuk. Sangat sibuk. Laporan yang perlu disiapkan, urusan tugasan bertali arus. Saya duduk berjam-jam di meja kerja, melunaskan amanah dan tanggungjawab seperti biasa. Fokus saya hanya satu: selesaikan kerja sebaik mungkin. Namun dalam kesibukan itu, dia mula menjauh. Hampir setiap hari dia keluar, duduk di bilik kawan-kawan lain. Berjam-jam. Saya tak tahu apa yang diceritakan. Tapi yang saya rasakan, satu demi satu kawan kami mula menjauh. Sapaan yang dahulunya mesra, kini menjadi hambar. Saya rasa pelik, tetapi saya diam. Apa yang lebih menghairankan, apabila kawan-kawan tertentu datang ke bilik kami — terutama mereka yang saya rasa tahu tentang ‘cerita’ itu — dia berubah wajah. Dia akan menegur saya dengan nada p...

[Refleksi 2] Kegelapan yang Meresap Perlahan

  "Kadangkala kegelapan tidak datang mendadak. Ia meresap perlahan seperti kabus yang menyelinap ke dalam ruang yang dulunya cerah bercahaya." Saya masih ingat pada suatu pagi — biasa sahaja di luar, tapi tidak di dalam. Saya bangun dengan rasa berat di dada, seolah-olah ada sesuatu yang tertinggal semalaman dalam jiwa, tapi saya tak tahu apa. Ia bermula dengan perkara kecil: Nada suara yang tiba-tiba berubah. Mesej-mesej yang mula bernada play victim. “Kenapa awak nampak macam marah saya?” "Apa salah saya?" soalnya, bila saya cuma diam. Tapi hati saya enggan terima mesej-mesej itu sebagai bentuk manipulasi. Saya masih rasionalkan diri sendiri... “Dia mungkin penat.” “Saya mungkin terlalu sensitif.” “Mungkin ini salah saya.” Di situlah hari-hari gelap saya bermula — the days of emotional confusion. Bila sempadan antara empati dan manipulasi menjadi kabur. Bila saya terlalu ingin menjaga hati orang, sampai saya hilang arah untuk menjaga diri sendiri. Saya ...

[Refleksi 1] Diari Hari Gelap: Saat Mula Rasa Ada yang Tak Kena

 " Kadang-kadang, kegelapan tidak datang melalui jeritan. Ia datang dalam bentuk bisikan yang menyebar dari bibir orang lain, kepada hati yang belum bersedia untuk terluka.” Hari itu, saya seperti biasa, tenggelam dalam dunia kerja yang tak pernah habis. Menyelesaikan tugasan demi tugasan, menyediakan maklum balas demi maklum balas, dan menyiapkan proposal paper yang masih tertangguh. Dunia saya ketika itu hanyalah antara jari, papan kekunci dan skrin komputer. Tanpa saya sedar dalam diam, satu naratif lain sedang berlegar di luar bilik. Rakan sebilik saya... seseorang yang sebelum ini saya anggap teman baik yang rapat dan dipercayai, mula keluar dari bilik dan membina naratif berdasarkan sangkaan yang diciptanya sendiri. Dia memberitahu beberapa rakan sekerja lain (yang juga baik dengan saya) bahawa saya marah padanya. Sedangkan hakikatnya, saya hanya diam kerana fokus pada kerja yang bertimbun. Saya diam, bukan kerana marah. Saya diam kerana saya perlu ruang untuk fokus. Na...

The Beginning of a Silent Battle

  "Ada luka yang tidak kelihatan, tidak berdarah, namun ia terus menjerit dalam diam." Blog ini lahir dari hati yang sedang pulih sebagai perkongsian sebuah pertarungan senyap — ruang yang menyimpan kelukaan yang tidak pernah disebut, hanya dirasai secara sendiri. Saya memilih untuk menulis bukan kerana saya kuat, tetapi kerana saya ingin bangkit. Saya percaya, mungkin ada di luar sana yang sedang melalui jalan yang sama — penuh duri, kabur, dan menyakitkan. Blog ini bukan sekadar catatan peribadi. Ia adalah ruang refleksi — a healing journal — untuk saya menyusun semula cebisan hati yang pernah berkecai. Saya tidak menulis untuk menyimpan dendam, tetapi untuk menyebarkan kesedaran. Kesedaran kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa dalam hubungan toksik, dengan individu yang mempunyai traits Narcissistic Personality Disorder (NPD) dan Borderline Personality Disorder (BPD) — dua gangguan personaliti yang sangat kompleks dan menyakitkan untuk dihadapi, apatah lagi apabila m...