Saya masih ingat hari itu. Suasana pejabat biasa-biasa saja. Saya sibuk mencatat urusan yang perlu dilunaskan - Sistem dashboard yang perlu dikemaskini dan maklum balas yang perlu disiapkan muncul silih berganti.
Saya fikir, hari itu akan berjalan seperti biasa…
sehingga satu panggilan yang mengubah segalanya.
Bos memanggil saya ke biliknya.
Saya tidak menjangka apa-apa.
Kerja saya semua selesai.
Projek penyeleggaraan sistem dashboard juga sedang bergerak lancar.
Jadual kerja jelas.
Usai saya duduk di kerusi hadapan bos, nadanya pada hari itu agak… janggal.
“Saya pelik…” katanya memulakan bicara.
“Kenapa kawan sebilik awak selalu datang dan mempertikaikan kerja awak?”
“Sedangkan kerja yang saya nampak terbengkalai… kerja dia.”
“Tapi kenapa yang dia selalu bisingkan… kerja awak?”
Saya terkedu.
Saya terkaku.
Saya cuba senyum — senyum yang serba salah.
Senyum yang terpaksa, kerana dalam hati saya ada sesuatu yang luruh.
Selama ini saya diam.
Saya tidak pernah melaporkan kelemahan dia.
Saya tak pernah merendahkan dia pada sesiapa.
Biarpun saya tahu banyak perkara yang tidak selesai, saya tetap bantu bagi pandangan dan tutup segala keculasan dia.
Tapi hari itu saya sedar — dia tidak melakukan hal yang sama untuk saya.
Sebaliknya, dia ke bilik bos.
Membuka cerita demi cerita.
Mencetuskan keraguan.
Mencipta naratif.
Menggugat kepercayaan bos terhadap saya.
🙌Red Flag yang Menyamar Sebagai Rakan
Waktu itu saya belum sedar betapa dalam dan kompleksnya bentuk manipulasi ini.
Ia bukan sekadar gosip belakang.
Ia satu bentuk character assassination — pembunuhan karakter yang halus dan bersahaja.
Apabila orang lain perlu diberitahu bahawa kita tidak kompeten,
dan bukannya kerja kita yang menunjukkan kelemahan kita,
itu tanda seseorang sedang membina bayang hitam atas reputasi kita —
kerana dia tidak mampu bersinar dengan cahayanya sendiri.
🔴 Ini bukan lagi soal "salah faham".
Ini adalah hasad yang bertopengkan keprihatinan.
Ini adalah niat untuk menjatuhkan, bukan untuk menegur.
Dan yang paling menyedihkan — ia dilakukan oleh orang yang paling kita percaya dan sebilik dengan kita.
✧ Catatan Refleksi
Kadangkala, kita terlalu sibuk bekerja,
hingga tidak sedar bahawa ada orang lain yang sibuk menanam curiga tentang kita.
Dan lebih menyedihkan,
apabila bos — pihak yang neutral — mula menyedari ada yang tidak kena,
itu bukan petanda kecil.
Itu adalah tanda besar bahawa sesuatu yang beracun sedang berlaku dalam diam.
Comments
Post a Comment