When the Truth Feels Like a Lie to Others...
Ada satu fasa dalam luka yang paling membingungkan: saat kita mula mengumpul kekuatan untuk bercerita, tetapi setiap kata kita dipatahkan oleh pandangan orang lain yang tidak nampak apa yang sebenarnya terjadi.
Saya pernah berada di situ.
Apabila saya cuba meluah, yang saya terima adalah reaksi wajah yang ragu. Nada suara mereka sopan, tapi intonasinya membawa mesej:
"Mungkin awak yang terlalu sensitif."
"Saya rasa dia tak macam tu pun."
"Mungkin awak yang salah faham kot."
Bermula dari situ, saya perlahan-lahan belajar untuk mendiamkan perasaan sendiri. Saya kembali ke ruang sunyi — bertemankan soalan yang menggigit jiwa:
“Betulkah aku yang berlebihan?”
“Kenapa semua orang nampak dia sebagai orang yang baik… tapi aku terluka begini?”
“Kenapa mereka tak nampak apa yang aku alami?”
"Mereka tak nampak dan percaya dengan lakonannya."
Lalu saya sedar, inilah loop penderaan senyap yang rumit, bila pelaku itu tampil begitu mempesona di hadapan orang lain — penuh perhatian, manis, penyayang — tetapi hanya menunjukkan sisi toksiknya ketika bersama saya. Bila saya bersuara, saya kelihatan seperti satu-satunya yang bermasalah.
---------------------
📌 Nota Kaki: Covert Abuse & Image Management
Dalam dinamika hubungan dengan individu yang mempunyai traits Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Borderline Personality Disorder (BPD) yang tidak dirawat, mereka selalunya sangat hebat dalam mengawal persepsi sosial.
Mereka boleh menjadi sangat menyenangkan, charming, dan penyayang di mata orang luar. Tetapi dalam ruang peribadi, mereka boleh memanipulasi, mengawal, dan merosakkan emosi orang lain.
Fenomena ini dikenali sebagai "image crafting" – di mana pelaku memastikan imej mereka suci dan tidak boleh dicemari, lalu memburukkan mangsa secara halus kepada orang lain agar apabila mangsa bersuara, orang sekeliling sudah dipengaruhi dengan naratif palsunya.
Mangsa akhirnya mengalami keletihan emosi berganda:
-
Menanggung luka.
-
Dipersalahkan kerana bersuara.
-
Dipertikaikan bila mencari sokongan.
Comments
Post a Comment