Luka fizikal ada bentuk. Ada bengkak. Ada darah.
Tapi luka emosi? Ia hadir dalam diam. Tanpa warna. Tanpa bau.
Apabila saya cuba bersuara, cuba memberitahu bahawa “Ada sesuatu yang tak kena di sini,” saya disambut dengan reaksi yang membuatkan luka itu terasa makin dalam.
“Mungkin awak terlalu penat.”
“Cuba husnuzon, mungkin dia tak sengaja.”
“Dia okay je dengan saya. Awak je yang fikir lebih-lebih.”
Kata-kata itu tidak menyembuhkan.
Malah, ia menoreh luka yang baru — luka keraguan terhadap realiti sendiri.
Saya mula mempersoalkan:
“Benarkah saya yang bermasalah?”
“Adakah saya terlalu mudah terasa?”
“Kenapa orang lain boleh terima dia, tapi saya yang terluka?”
Perasaan ini membina sesuatu yang sangat berat:
💢Gaslighting dalaman — apabila kita sendiri mula mempertikaikan kebenaran yang kita tahu kita alami.
💢Self-abandonment — apabila kita tidak lagi percaya pada perasaan sendiri, dan membiarkan diri dihukum atas kesalahan yang bukan kita lakukan.
Dan inilah yang paling menyakitkan.
Apabila orang lain tidak percaya, saya pun mula tidak percaya pada diri saya.
😌Dalam Diam, Saya Mula Memendam Rasa
Saya berhenti bercerita.
Saya senyum apabila perlu.
Saya buat seolah-olah semuanya baik-baik belaka.
Tapi di dalam, saya menyimpan serpihan-serpihan kecil yang makin hari makin tajam.
Saya hadir secara fizikal, tetapi emosi saya mula berundur.
Saya bukan lagi diri saya yang dahulu — yang ceria, mudah tertawa, dan penuh semangat.
Saya jadi waspada.
Takut untuk berbuat salah.
Takut untuk dituduh "berdrama".
Takut untuk sekali lagi dianggap terlalu sensitif.
Dan semua ini berpunca daripada satu akar yang senyap:
Saya percaya kepada orang yang tidak layak dipercayai…
dan saya tidak dibela oleh mereka yang saya anggap akan memahami.
✧ Catatan Refleksi
Kadangkala, orang yang kita harapkan akan menjadi pelindung,
menjadi penonton pasif kepada kesakitan kita. Ada yang lebih pedih — mereka percaya kepada naratif si pelaku, kerana naratif itu disampaikan dengan wajah yang mereka selesa untuk percaya.
"Ya Allah, Engkau sahaja yang tahu kebenaran ini, cukuplah.
Jadikan kesakitan ini cahaya. Dan jangan Kau biarkan aku hilang kepercayaan terhadap nilai diriku sendiri. Gantikan segala kesakitan ini dengan kebahagian yang berganda-ganda. Ameen"
Comments
Post a Comment