Tatkala bos meluahkan rasa pelik dan kekecewaannya, saya bukan sahaja diam, bahkan saya mula mempertahankan dia.
“Saya rasa mungkin dia cuma nak beri idea kot…”
“Mungkin dia tak maksudkan apa-apa…”
“Kami okey je… selalu makan sama-sama, selalu berbincang sama-sama…”
Saya cuba rasionalkan situasi itu.
Saya cuba neutral-kan pandangan bos.
Saya cuba yakinkan bos bahawa dia bukan begitu.
Dalam masa yang sama saya cuba yakinkan diri saya sendiri.
Kerana saya masih mahu percaya —
yang hubungan kami adalah jujur.
Yang dia tidak akan mengkhianati saya.
Yang dia cuma… salah faham. Atau terlalu bersemangat memberi pandangan.
Saya dalam penafian (in denial).
Bagaimana mungkin saya boleh percaya dia sanggup menikam belakang saya,
sedangkan kami setiap hari makan tengahari bersama,
berkongsi luahan hati,
merancang hal kerja,
bercanda di bilik,
berkongsi rahsia…
Takkan semua itu… palsu?
👀Kebenaran yang Menyesakkan
Tapi jauh di sudut hati saya, ada rasa yang saya sendiri tak mampu nafikan —
perasaan dikhianati.
Sebab saya tahu apa yang saya dah buat.
Saya tahu kesungguhan saya dalam kerja.
Saya tahu saya tak pernah rendahkan dia pada sesiapa,
apatah lagi di hadapan bos.
Jadi kenapa… dia sanggup?
💭 Catatan Jiwa
Kadangkala, yang paling menyakitkan bukanlah pengkhianatan itu sendiri, tetapi hakikat bahawa kita menolak kebenaran itu terlalu lama kerana kita terlalu mahu percaya bahawa hubungan itu suci dan sejati. Tapi kebenaran tetap akan muncul, walaupun pada awalnya kita sendiri memilih untuk memejamkan mata.
Comments
Post a Comment