Skip to main content

Posts

[Refleksi 20] Bila Saya Mula Kehilangan Diri

Saya tidak suka mengeluh tentang beban tugas. Sejak dahulu, saya percaya bahawa selagi mampu, saya akan laksanakan amanah tanpa banyak soal. Kerja bagi saya bukan sekadar tanggungjawab, tetapi ia ibadah sunyi antara saya dan Allah swt. Diam saya bukan bererti lemah, tetapi kerana saya percaya ada nilai dalam menyimpan penat sebagai rahsia yang hanya difahami oleh Yang Maha Melihat. Namun segalanya berubah apabila saya tinggal sebilik dan bekerja sepasukan dengan seorang rakan yang hampir setiap hari meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tugasan yang diterima. Keluhannya tidak pernah surut tentang tugasan yang terlalu banyak, rehat yang tidak cukup, dan pembahagian kerja yang dirasakannya tidak adil. Saya mendengar… mula-mula dengan simpati, kemudian dalam diam yang semakin lama menjadi beban di dada kerana saya tahu, hakikatnya sebagai rakan sepasukan tugasan saya jauh lebih banyak daripadanya. Tetapi saya tidak pernah membandingkan. Saya tidak pernah menjadikan kesibukan sebagai seb...
Recent posts

[REFLEKSI 19] Ketika Luka Ingin Didengari

Saya pada asalnya bukanlah seorang yang gemar mencampuri urusan orang lain. Saya selesa menjaga sempadan, dan membiarkan orang hidup dengan pilihan mereka sendiri . Tapi segalanya berubah, sejak saya menjadi mangsa kepada seorang rakan yang mempunyai ciri-ciri Narcissistic Personality Disorder (NPD) dan Borderline Personality Disorder (BPD) . Ada suatu desakan emosi dari dalam diri saya untuk bercerita tentang dia. Bukan kerana mahu membuka aib. Bukan juga untuk memburukkan. Tetapi kerana saya ingin orang lain tahu wajah sebenarnya yang mereka tidak pernah lihat. Wajah yang hanya dipamerkan di sebalik pintu tertutup. Di situlah tersembunyi sisi yang sangat toksik dan manipulatif, sisi yang selama ini merobek jiwa saya dalam diam . Dia dipuji, dipuja dan disanjung tinggi. Sedangkan saya yang pernah menjadi teman sebilik, sepasukan, dan saksi kepada sisi gelapnya menanggung luka yang tiada siapa tahu. Saya tahu saya bukan satu-satunya mangsa. Ramai lagi di luar sana yang pernah melalui ...

[Refleksi 18]: Manipulasi Disangka Prihatin

Pada awalnya, saya sangka itu perhatian. Kemudian saya namakannya sebagai keprihatinan. Namun, semakin hari, saya mula rasa sempit. Nafas saya sesak. Pergerakan rasa terbatas. Saya tidak lagi bebas membuat keputusan terhadap hidup saya sendiri kerana semuanya seakan-akan perlu dimaklum dan disahkan oleh dia. Saya masih ingat, setiap kali saya ingin ke mana-mana, saya perlu maklumkan. Bukan kerana adab, tetapi kerana takut dia terasa. Takut dia sentap. Kalau saya tidak beritahu, saya akan dihujani dengan soalan penuh sangkaan, dan perlukan 1001 penjelasan. Tetapi apabila dia tidak memaklumkan apa-apa, seolah-olah saya tidak boleh bertanya. Bila saya bertanya, saya pula dilihat seperti mengongkong atau menyibuk. Yang paling menyayat hati, ketika arwah ibu saya jatuh sakit, saya menyatakan hasrat untuk mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga ibu. Respon dia: “Kalau awak cuti, macam mana dengan saya?” Saya terdiam. Seolah-olah keutamaan saya kepada ibu yang sedang sakit dianggap sebagai ...

[Refleksi 17] Bila Sangkaan Dia Membentuk Ketakutan Dalam Diri Kita

Ada satu bentuk keletihan emosi yang tidak mudah dijelaskan. Ia bukan kerana kita disakiti secara langsung, tetapi kerana kita terperangkap dalam suasana yang beracun secara halus, di mana kita melihat dan mendengar seseorang sering menanam syak wasangka terhadap orang lain — hari demi hari. Individu yang memiliki BPD (Borderline Personality Disorder) dan NPD (Narcissistic Personality Disorder), seringkali mengalami paranoia ringan (mild paranoid ideation) — terutama ketika emosinya tidak stabil. Dia melihat orang lain sebagai ancaman, walau hanya kerana perkara kecil: “kenapa dia tak senyum tadi?”, “kenapa dia jawab/cakap macam tu?”, “kenapa semua orang puji dia?”.  Lalu dia mula membina naratif dalam minda sendiri, naratif yang bukan berdasarkan realiti, tetapi berdasarkan emosi dalamannya yang berkecamuk. Yang menyedihkan, naratif itu sering diceritakan kepada kita. Dan sebagai insan yang empatik seperti saya, setiap kali mendengar sangkaan-sangkaan itu, saya bukan sahaja jadi l...

[Refleksi 16] Bila Allah Menghantar Seseorang untuk Mengajar Kita Sempadan

Kadangkala Allah menghantar seseorang ke dalam hidup kita bukan untuk kita simpan selama-lamanya, tetapi untuk mengajar kita tentang batas — agar kita tahu di mana letaknya penghormatan terhadap diri sendiri. Saya tidak pernah menyangka, bahawa orang yang paling saya kasihi sebagai sahabat, akhirnya menjadi guru senyap yang mengajar saya tentang apa ertinya had — dan bagaimana saya terlalu sering melangkauinya demi menjaga hati orang lain. Sebelum ini, saya mudah memaafkan, cepat menyesuaikan diri, dan rela mengalah — kerana saya percaya, itu semua adalah tanda ihsan . Tetapi di saat keikhlasan itu dipermainkan, saya mula sedar… Bahawa ihsan tidak pernah bermaksud mengorbankan harga diri. 💨 Boundaries , atau sempadan peribadi, bukan tembok kebencian. Ia adalah pagar kasih sayang yang sihat — untuk memastikan kita dan orang lain tidak saling menceroboh wilayah emosi yang sepatutnya dihormati. Dan yang paling dalam, saya belajar bahawa:  “Allah akan terus menghadirkan orang y...

[Refleksi 15] Saksi Luka yang Senyap, Akhirnya Kosong

Sejujurnya, saya amat terkesan dengan tindakannya yang merancang secara senyap itu. Ia seperti tusukan halus yang tidak mengalirkan darah, tapi cukup dalam untuk membuat hati ini terguris kelukaan. Bukan kerana bilik itu besar. Bukan kerana saya terlalu mementingkan ruang. Tetapi kerana saya merasakan bahawa kepercayaan yang saya hulurkan… telah dipatahkan diam-diam. Saya termenung lama di tepi meja. Melihat ke sekeliling bilik yang pernah menjadi ruang kami berdua. Tempat saya mendengar luahannya. Tempat saya menahan tangis sendiri agar tidak terlihat. Tempat kami berkongsi makan, ketawa, dan kadangkala, diam yang panjang. Kini kami sudah tiada lagi di situ. Dan anehnya… saya tidak sedih. Rupanya perpisahan itu adalah satu bentuk kelegaan yang tidak saya jangka. Seolah-olah Allah sedang mengangkat saya keluar dari sebuah ruang yang menjadi saksi manipulasi yang saya sendiri tidak mampu namakan ketika itu. Namun saya tidak menyimpan dendam. Kerana saya tahu, Allah tidak membiarkan ses...

[Refleksi 14] Muslihat Tersembunyi...

Kadang-kadang yang melukakan bukanlah peristiwa besar. Tapi babak kecil yang disusun penuh muslihat oleh seseorang yang kita sangka teman baik. Suatu ketika dahulu, dua orang rakan sekerja (wanita) ditukarkan ke kementerian lain. Tempat mereka,  digantikan oleh dua pegawai lelaki. Maka, demi menjaga adab dan keselesaan semua pihak, cadangan paling wajar ialah agar pegawai wanita dari bilik sebelah berpindah ke bilik sahabatnya — yang kini kosong. Selesai, kan? Namun sesuatu yang janggal berlaku. Pegawai wanita dari bilik sebelah datang bertemu kami. Dengan gaya tenang dan wajah prihatin, dia berkata: “Awak berdua okey tak kalau kena tukar bilik?" "Kenapa asyik kami yang kena bertukar?" Jawabnya penuh belas tapi terpancar lakonannya.  Kemudian dia menyambung, "Saya ikut keputusan awaklah… sebab saya hormat awak.” Sambil memandang ke arah saya dengan pandangan tidak bersalah.  Nada suaranya lembut. Mimik wajahnya meyakinkan. Kata-katanya seolah-olah memberikan pi...

[Refleksi 13] Sekali Lagi: Ketika Takdir Menyebelahi Dia

Beberapa bulan berlalu. Selepas episod tidak jadi bertukar, saya cuba fokus pada kerja, walau hati masih berperang dengan rasa kecewa yang saya simpan diam-diam. Saya tidak mahu berdendam. Saya tidak mahu menyimpan prasangka. Saya hanya mahu meneruskan hidup dengan tenang. Kemudian, datang satu khabar yang menyentuh jiwa saya —  bos di Cawangan yang menguruskan hal ehwal kakitangan  menyatakan hasrat untuk mengambil saya ke cawangan beliau. Nama saya disebut secara terbuka sebagai calon utama. Malah, perkara itu dibawa ke dalam  mesyuarat bersama pengarah dan telah dipersetujui bersama . Saya dimaklumkan bahawa pertukaran saya ke cawangan tersebut telah pun diluluskan. Desas-desu juga mula tersebar dalam kalangan kakitangan bahagian.  Saat itu, saya tidak minta. Tetapi apabila dipilih, saya cuba redha dan mula bersedia dari segi mental dan emosi. Saya mula membayangkan ruang kerja baharu, tugas-tugas yang akan dipikul, suasana yang mungkin memberi nafas baharu kepada...

[Refleksi 12] Dahulu Dihalang, Kini Direbut

Saya masih ingat… selepas episod pertukaran cawangan yang tidak menjadi, saya cuba menenangkan hati yang remuk. Ada pergelutan dalam diri. Antara kecewa dan ingin menerima. Namun akhirnya saya memilih jalan yang lebih sunyi tetapi selamat— berdamai dengan takdir. Saya mengajar diri saya untuk memaafkan, walaupun hakikatnya luka itu belum benar-benar sembuh. Seperti menutup luka terbuka dengan kapas dan harapan—saya menyangka semuanya telah selesai. Tetapi rupanya belum. Beberapa bulan kemudian, pengarah kami bertukar. Pengarah baharu yang hadir membawa wajah tenang dan bicara penuh harapan. Saya lihat itu sebagai petanda perubahan. Satu lembaran baru yang barangkali akan lebih jernih. Saya cuba melangkah dengan prasangka baik. Namun di balik tabir yang tidak saya lihat, berlaku satu lagi gerakan senyap. Bekas rakan sebilik saya—orang yang dahulu menentang keras pertukaran saya—telah terlebih dahulu menemui pengarah yang baharu. Secara peribadi, dia memohon untuk ditukarkan ke cawang...

[Refleksi 11] Rezeki Itu Hampir Singgah, Tapi Allah Menunda

 Ada waktunya dalam hidup, kita rasa pintu sudah terbuka. Langkah sudah siap diatur. Hati sudah bersedia untuk melangkah. Tapi tiba-tiba… pintu itu tertutup kembali. Bukan kerana kita tidak layak. Bukan juga kerana kita tidak berusaha. Tetapi kerana Allah mahu mengajar kita erti penundaan . Ada yang bertanya, “Kenapa bukan kau, padahal nama sudah disebut?” “Kenapa bukan kau, padahal semua sudah setuju?” “Kenapa bukan kau, padahal kau yang diminta dari awal?” Dan saya hanya mampu senyum. Dalam hati saya ulang-ulang satu ayat, " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang ia baik untuk kamu..." Kerana hakikatnya, bukan semua yang hampir menjadi milik kita… benar-benar akan menjadi milik kita. Kadang ia datang hanya sebagai ujian untuk melihat bagaimana kita bersabar, bagaimana kita meredhai, bagaimana kita masih berjiwa besar walau ditinggal peluang yang hampir kita peluk erat. Saya belajar, bahawa tak semua rezeki yang datang itu perlu dimiliki. Kadang-kadang Allah menunda, k...