Skip to main content

[Refleksi 18]: Manipulasi Disangka Prihatin

Pada awalnya, saya sangka itu perhatian. Kemudian saya namakannya sebagai keprihatinan.

Namun, semakin hari, saya mula rasa sempit. Nafas saya sesak. Pergerakan rasa terbatas.
Saya tidak lagi bebas membuat keputusan terhadap hidup saya sendiri kerana semuanya seakan-akan perlu dimaklum dan disahkan oleh dia.

Saya masih ingat, setiap kali saya ingin ke mana-mana, saya perlu maklumkan. Bukan kerana adab, tetapi kerana takut dia terasa. Takut dia sentap.

Kalau saya tidak beritahu, saya akan dihujani dengan soalan penuh sangkaan, dan perlukan 1001 penjelasan. Tetapi apabila dia tidak memaklumkan apa-apa, seolah-olah saya tidak boleh bertanya. Bila saya bertanya, saya pula dilihat seperti mengongkong atau menyibuk.

Yang paling menyayat hati, ketika arwah ibu saya jatuh sakit, saya menyatakan hasrat untuk mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga ibu.

Respon dia:

“Kalau awak cuti, macam mana dengan saya?”

Saya terdiam. Seolah-olah keutamaan saya kepada ibu yang sedang sakit dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap dia. Saya termenung lama dengan kata-katanya. Rasa bersalah dan rasa tersepit, semua hadir serentak.

Saya mula sedar, ini bukan keprihatinan. Ini satu bentuk 'kawalan'.

💞Nota Psikologi: Bila Batas Diri Dilanggar Dalam Sunyi

1. Takut Ditinggalkan (Fear of Abandonment)

Individu dengan Borderline Personality Disorder sering kali mempunyai ketakutan yang mendalam terhadap penolakan dan ditinggalkan. Mereka mudah panik apabila orang yang mereka rapat menunjukkan tanda-tanda mahu "berjauhan" walau sekejap. Maka, apabila saya menyuarakan niat untuk bercuti menjaga ibu, ia ditafsir oleh dia sebagai "ancaman" bahawa saya akan tinggalkan dia keseorangan, walaupun itu tidak benar.

2. Manipulasi Emosi Berselindung Di Sebalik Keprihatinan

Bentuk-bentuk perilaku seperti:

💣Mahu tahu ke mana saya pergi setiap masa.

💣Mahu kami hadiri kursus atau program secara bersama.

💣Terasa hati jika saya keluar makan tanpa dia.

Semua ini menjadikan saya sentiasa perlu memberikan penjelasan, walaupun untuk hal yang kecil. Itu sebenarnya bukan kasih sayang, ia adalah satu bentuk kawalan emosi yang halus tetapi menyeksakan.

3. Perasaan Memiliki yang Tidak Seimbang

Dia mahu ‘memiliki’ saya sebagai satu-satunya tempat bergantung. Namun apabila dia berkawan atau rapat dengan orang lain, saya tidak dibenarkan rasa apa-apa. Kalau saya tunjuk reaksi, saya pula dilabelkan sebagai "terlalu sensitif".

4. Perpindahan Emosi (Projective Identification)

Tindakannya itu membuatkan saya ada sekelumit rasa bersalah atas keputusan saya sendiri, walaupun keputusan itu adalah untuk menjaga ibu saya yang sakit. Saya rasa perlu menjawab kepada dia, walaupun sebenarnya tidak perlu. Itu semua kerana emosi dia — takut, marah, rasa tidak selamat — dilontarkan kepada saya sehingga saya mula ‘memikulnya’ tanpa sedar.

✦ Hikmah Refleksi: Bila Kita Sedar, Kita Kembali Kepada Diri 

Saya belajar bahawa, bukan semua perhatian itu sihat. Bukan semua "kesetiaan" itu suci. Kadang-kadang, ia dibalut dengan kawalan yang memenatkan.

Saya bukan milik sesiapa melainkan Allah.
Saya berhak menjaga ibu saya tanpa rasa bersalah.
Saya berhak ke mana-mana tanpa perlu menjelaskan setiap langkah saya.
Dan saya berhak membina batas yang sihat.

✿ Doa Saya:

"Ya Allah, jika hadirnya seseorang itu mengikat saya lebih daripada mendekatkan saya kepada-Mu, maka ajarkan saya untuk mengasihi dengan hikmah, melepaskan dengan redha, dan memelihara sempadan diri dengan maruah. Saya tidak ingin dipenjara dalam perhatian yang menyeksakan. Jarakkan kami tanpa memutuskan silaturrahim antara kami jika itu yang terbaik untuk kami." Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

[Refleksi 10] Sebalik Khabar Gembira, Terselit Luka Mendalam

Petang itu, langit redup, seperti sedang menyimpan rahsia. Saya dipanggil ke bilik pengarah bersama dua orang rakan lain. Kami dimaklumkan bakal ditukarkan ke satu unit yang lebih mencabar dan mengendalikan urusan kerja di peringkat antarabangsa. Memo akan menyusul dalam masa 24 jam. Ia berita yang besar — mencabar, tapi juga menggembirakan. Saya menerima berita itu dengan syukur atas kepercayaan yang diberikan. Saya mula mengumpul kekuatan dengan  Kalam Allah . Dalam kebimbangan, secara senyap-senyap, saya ulang-ulang ayat Surah Insyirah, ayat 7: فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ "Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." Saya pujuk hati. "Mungkin inilah masanya. Aku dah selesai beri sepenuhnya pada seksyen ini. Kini aku perlu berpindah dan bina semula kekuatan di tempat baharu. Allah tak pernah suruh kita statik. Dia mahu kita melangkah. Dan setiap langkah, Dia pasti iringi dengan rahmat-Nya." Sebaik sa...

[REFLEKSI 19] Ketika Luka Ingin Didengari

Saya pada asalnya bukanlah seorang yang gemar mencampuri urusan orang lain. Saya selesa menjaga sempadan, dan membiarkan orang hidup dengan pilihan mereka sendiri . Tapi segalanya berubah, sejak saya menjadi mangsa kepada seorang rakan yang mempunyai ciri-ciri Narcissistic Personality Disorder (NPD) dan Borderline Personality Disorder (BPD) . Ada suatu desakan emosi dari dalam diri saya untuk bercerita tentang dia. Bukan kerana mahu membuka aib. Bukan juga untuk memburukkan. Tetapi kerana saya ingin orang lain tahu wajah sebenarnya yang mereka tidak pernah lihat. Wajah yang hanya dipamerkan di sebalik pintu tertutup. Di situlah tersembunyi sisi yang sangat toksik dan manipulatif, sisi yang selama ini merobek jiwa saya dalam diam . Dia dipuji, dipuja dan disanjung tinggi. Sedangkan saya yang pernah menjadi teman sebilik, sepasukan, dan saksi kepada sisi gelapnya menanggung luka yang tiada siapa tahu. Saya tahu saya bukan satu-satunya mangsa. Ramai lagi di luar sana yang pernah melalui ...

[Refleksi 2] Kegelapan yang Meresap Perlahan

  "Kadangkala kegelapan tidak datang mendadak. Ia meresap perlahan seperti kabus yang menyelinap ke dalam ruang yang dulunya cerah bercahaya." Saya masih ingat pada suatu pagi — biasa sahaja di luar, tapi tidak di dalam. Saya bangun dengan rasa berat di dada, seolah-olah ada sesuatu yang tertinggal semalaman dalam jiwa, tapi saya tak tahu apa. Ia bermula dengan perkara kecil: Nada suara yang tiba-tiba berubah. Mesej-mesej yang mula bernada play victim. “Kenapa awak nampak macam marah saya?” "Apa salah saya?" soalnya, bila saya cuma diam. Tapi hati saya enggan terima mesej-mesej itu sebagai bentuk manipulasi. Saya masih rasionalkan diri sendiri... “Dia mungkin penat.” “Saya mungkin terlalu sensitif.” “Mungkin ini salah saya.” Di situlah hari-hari gelap saya bermula — the days of emotional confusion. Bila sempadan antara empati dan manipulasi menjadi kabur. Bila saya terlalu ingin menjaga hati orang, sampai saya hilang arah untuk menjaga diri sendiri. Saya ...

[Refleksi 3] Kabur: Realiti vs Cermin Orang Lain

Ada satu ketika, segalanya terasa kabur. Bukan kerana pandangan saya yang rabun, tapi kerana hati sudah mulai penat membaca situasi yang tidak jelas. Antara realiti yang berlaku dan rasa yang bergema dalam hati - saya tidak lagi tahu mana satu yang benar.  Saya sedang sibuk. Sangat sibuk. Laporan yang perlu disiapkan, urusan tugasan bertali arus. Saya duduk berjam-jam di meja kerja, melunaskan amanah dan tanggungjawab seperti biasa. Fokus saya hanya satu: selesaikan kerja sebaik mungkin. Namun dalam kesibukan itu, dia mula menjauh. Hampir setiap hari dia keluar, duduk di bilik kawan-kawan lain. Berjam-jam. Saya tak tahu apa yang diceritakan. Tapi yang saya rasakan, satu demi satu kawan kami mula menjauh. Sapaan yang dahulunya mesra, kini menjadi hambar. Saya rasa pelik, tetapi saya diam. Apa yang lebih menghairankan, apabila kawan-kawan tertentu datang ke bilik kami — terutama mereka yang saya rasa tahu tentang ‘cerita’ itu — dia berubah wajah. Dia akan menegur saya dengan nada p...

[Refleksi 1] Diari Hari Gelap: Saat Mula Rasa Ada yang Tak Kena

 " Kadang-kadang, kegelapan tidak datang melalui jeritan. Ia datang dalam bentuk bisikan yang menyebar dari bibir orang lain, kepada hati yang belum bersedia untuk terluka.” Hari itu, saya seperti biasa, tenggelam dalam dunia kerja yang tak pernah habis. Menyelesaikan tugasan demi tugasan, menyediakan maklum balas demi maklum balas, dan menyiapkan proposal paper yang masih tertangguh. Dunia saya ketika itu hanyalah antara jari, papan kekunci dan skrin komputer. Tanpa saya sedar dalam diam, satu naratif lain sedang berlegar di luar bilik. Rakan sebilik saya... seseorang yang sebelum ini saya anggap teman baik yang rapat dan dipercayai, mula keluar dari bilik dan membina naratif berdasarkan sangkaan yang diciptanya sendiri. Dia memberitahu beberapa rakan sekerja lain (yang juga baik dengan saya) bahawa saya marah padanya. Sedangkan hakikatnya, saya hanya diam kerana fokus pada kerja yang bertimbun. Saya diam, bukan kerana marah. Saya diam kerana saya perlu ruang untuk fokus. Na...

[Refleksi 13] Sekali Lagi: Ketika Takdir Menyebelahi Dia

Beberapa bulan berlalu. Selepas episod tidak jadi bertukar, saya cuba fokus pada kerja, walau hati masih berperang dengan rasa kecewa yang saya simpan diam-diam. Saya tidak mahu berdendam. Saya tidak mahu menyimpan prasangka. Saya hanya mahu meneruskan hidup dengan tenang. Kemudian, datang satu khabar yang menyentuh jiwa saya —  bos di Cawangan yang menguruskan hal ehwal kakitangan  menyatakan hasrat untuk mengambil saya ke cawangan beliau. Nama saya disebut secara terbuka sebagai calon utama. Malah, perkara itu dibawa ke dalam  mesyuarat bersama pengarah dan telah dipersetujui bersama . Saya dimaklumkan bahawa pertukaran saya ke cawangan tersebut telah pun diluluskan. Desas-desu juga mula tersebar dalam kalangan kakitangan bahagian.  Saat itu, saya tidak minta. Tetapi apabila dipilih, saya cuba redha dan mula bersedia dari segi mental dan emosi. Saya mula membayangkan ruang kerja baharu, tugas-tugas yang akan dipikul, suasana yang mungkin memberi nafas baharu kepada...

[Refleksi 16] Bila Allah Menghantar Seseorang untuk Mengajar Kita Sempadan

Kadangkala Allah menghantar seseorang ke dalam hidup kita bukan untuk kita simpan selama-lamanya, tetapi untuk mengajar kita tentang batas — agar kita tahu di mana letaknya penghormatan terhadap diri sendiri. Saya tidak pernah menyangka, bahawa orang yang paling saya kasihi sebagai sahabat, akhirnya menjadi guru senyap yang mengajar saya tentang apa ertinya had — dan bagaimana saya terlalu sering melangkauinya demi menjaga hati orang lain. Sebelum ini, saya mudah memaafkan, cepat menyesuaikan diri, dan rela mengalah — kerana saya percaya, itu semua adalah tanda ihsan . Tetapi di saat keikhlasan itu dipermainkan, saya mula sedar… Bahawa ihsan tidak pernah bermaksud mengorbankan harga diri. 💨 Boundaries , atau sempadan peribadi, bukan tembok kebencian. Ia adalah pagar kasih sayang yang sihat — untuk memastikan kita dan orang lain tidak saling menceroboh wilayah emosi yang sepatutnya dihormati. Dan yang paling dalam, saya belajar bahawa:  “Allah akan terus menghadirkan orang y...

The Beginning of a Silent Battle

  "Ada luka yang tidak kelihatan, tidak berdarah, namun ia terus menjerit dalam diam." Blog ini lahir dari hati yang sedang pulih sebagai perkongsian sebuah pertarungan senyap — ruang yang menyimpan kelukaan yang tidak pernah disebut, hanya dirasai secara sendiri. Saya memilih untuk menulis bukan kerana saya kuat, tetapi kerana saya ingin bangkit. Saya percaya, mungkin ada di luar sana yang sedang melalui jalan yang sama — penuh duri, kabur, dan menyakitkan. Blog ini bukan sekadar catatan peribadi. Ia adalah ruang refleksi — a healing journal — untuk saya menyusun semula cebisan hati yang pernah berkecai. Saya tidak menulis untuk menyimpan dendam, tetapi untuk menyebarkan kesedaran. Kesedaran kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa dalam hubungan toksik, dengan individu yang mempunyai traits Narcissistic Personality Disorder (NPD) dan Borderline Personality Disorder (BPD) — dua gangguan personaliti yang sangat kompleks dan menyakitkan untuk dihadapi, apatah lagi apabila m...

[Refleksi 4] To be wounded is hard. But to be wounded and not believed — that is soul-crushing

 Luka fizikal ada bentuk. Ada bengkak. Ada darah. Tapi luka emosi? Ia hadir dalam diam. Tanpa warna. Tanpa bau. Apabila saya cuba bersuara, cuba memberitahu bahawa “Ada sesuatu yang tak kena di sini,” saya disambut dengan reaksi yang membuatkan luka itu terasa makin dalam. “Mungkin awak terlalu penat.” “Cuba husnuzon, mungkin dia tak sengaja.” “Dia okay je dengan saya. Awak je yang fikir lebih-lebih.” Kata-kata itu tidak menyembuhkan. Malah, ia menoreh luka yang baru — luka keraguan terhadap realiti sendiri . Saya mula mempersoalkan: “Benarkah saya yang bermasalah?” “Adakah saya terlalu mudah terasa?” “Kenapa orang lain boleh terima dia, tapi saya yang terluka?” Perasaan ini membina sesuatu yang sangat berat: 💢 Gaslighting dalaman — apabila kita sendiri mula mempertikaikan kebenaran yang kita tahu kita alami. 💢 Self-abandonment — apabila kita tidak lagi percaya pada perasaan sendiri, dan membiarkan diri dihukum atas kesalahan yang bukan kita lakukan. Dan inilah yang palin...

[Refleksi 20] Bila Saya Mula Kehilangan Diri

Saya tidak suka mengeluh tentang beban tugas. Sejak dahulu, saya percaya bahawa selagi mampu, saya akan laksanakan amanah tanpa banyak soal. Kerja bagi saya bukan sekadar tanggungjawab, tetapi ia ibadah sunyi antara saya dan Allah swt. Diam saya bukan bererti lemah, tetapi kerana saya percaya ada nilai dalam menyimpan penat sebagai rahsia yang hanya difahami oleh Yang Maha Melihat. Namun segalanya berubah apabila saya tinggal sebilik dan bekerja sepasukan dengan seorang rakan yang hampir setiap hari meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tugasan yang diterima. Keluhannya tidak pernah surut tentang tugasan yang terlalu banyak, rehat yang tidak cukup, dan pembahagian kerja yang dirasakannya tidak adil. Saya mendengar… mula-mula dengan simpati, kemudian dalam diam yang semakin lama menjadi beban di dada kerana saya tahu, hakikatnya sebagai rakan sepasukan tugasan saya jauh lebih banyak daripadanya. Tetapi saya tidak pernah membandingkan. Saya tidak pernah menjadikan kesibukan sebagai seb...