Ada waktunya dalam hidup, kita rasa pintu sudah terbuka.
Langkah sudah siap diatur. Hati sudah bersedia untuk melangkah.
Tapi tiba-tiba… pintu itu tertutup kembali. Bukan kerana kita tidak layak.
Bukan juga kerana kita tidak berusaha.
Tetapi kerana Allah mahu mengajar kita erti penundaan.
Ada yang bertanya,
“Kenapa bukan kau, padahal nama sudah disebut?”
“Kenapa bukan kau, padahal semua sudah setuju?”
“Kenapa bukan kau, padahal kau yang diminta dari awal?”
Dan saya hanya mampu senyum.
Dalam hati saya ulang-ulang satu ayat,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang ia baik untuk kamu..."
Kerana hakikatnya, bukan semua yang hampir menjadi milik kita… benar-benar akan menjadi milik kita. Kadang ia datang hanya sebagai ujian untuk melihat bagaimana kita bersabar, bagaimana kita meredhai, bagaimana kita masih berjiwa besar walau ditinggal peluang yang hampir kita peluk erat.
Saya belajar, bahawa tak semua rezeki yang datang itu perlu dimiliki.
Kadang-kadang Allah menunda, kerana Dia mahu menyusun sesuatu yang lebih indah dari apa yang kita minta.
✿ Doaku:
“Ya Allah, andai rezeki itu bukan milikku, jauhkan ia tanpa melukakan.
Tapi jika ia benar untukku, dekatkan ia walau seribu halangan.
Dan jika ia telah berlalu, jadikanlah hatiku redha dengan segala yang telah Kau pilihkan…”
Comments
Post a Comment